Friday, August 31, 2007

Lifestyle of the DPM

Keadilan Online

Di saat rakyat disuruh berjimat cermat dan dibebani dengan kenaikan harga barang keperluan, kenaikan harga minyak petrol dan kadar tol, pemimpin-pemimpin negara membazir wang rakyat untuk bersenang lenang dengan jet-jet mewah.

Jet mewah jenis A319 CJ untuk Perdana Menteri, Abdullah Badawi berharga RM200 juta yang ditempah telah tiba ditanahair pertengahan Ogos lepas.

Pembelian jet itu merupakan satu pembaziran besar kerana sebelum ini pemimpin-pemimpin negara sudah disediakan empat buah pesawat eksekutif yang terdiri daripada Boeing Business Jet, Bombardier Global Express, Dassault Falcon 900B dan Fokker F-28.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak didakwa menghabiskan jutaan ringgit untuk menyewa jet mewah bagi kegunaannya untuk bercuti di bandar perjudian Las Vegas, Nevada, Amerika, dedah Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim.

Ketika berceramah di Simpang Renggam, Johor 21 Ogos lepas Anwar berkata, maklumat yang diperolehinya menyatakan percutian peribadi sepuluh hari Najib itu turut meliputi beberapa bandar besar di dunia.

Menteri Pertahanan itu dilaporkan menggunakan pesawat MAS ketika bertolak dari KLIA bertujuan untuk menutup
mata rakyat Malaysia.

“Selepas itu Najib dan rombongan 16 orangnya ke Tokyo, kemudian berlepas Honolulu sebelum ke Las Vegas dengan
menyewa sebuah jet mewah,” kata Anwar.

“Persoalan yang kita ingin tanya ialah, apakah benar berita yang saya terima ini. Sekiranya benar dari mana seorang Timbalan Perdana Menteri memperolehi wang yang banyak untuk mampu menyewa sebuah jet eksekutif mewah
bagi percutian tidak rasmi? Yang pasti duit ini adalah duit rakyat yang jadi pembayar cukai,” tambah Anwar.

Sebelum ini, Suara Keadilan men-dedahkan bagaimana isteri Najib, Rosmah berbelanja secara boros di Boston dengan membeli sejumlah 74 beg barang-barang solekan dan pakaian sehingga memerlukan 15 buah kereta untuk membawanya.











SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE-50!!!!!!!!!!!!!!!

No comments: